Kos Sebenar Haji Muasasah (Tabung Haji, Malaysia)

KOS DAN BAYARAN HAJI
1. Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.
2. Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada 
  • kos penerbangan, 
  • kos pengangkutan, 
  • kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah,
  • kos makan minum 
  • Kos bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi,
manakala Kos Haji langsung jemaah PJH/THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH/THTS.
3. Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1435H (2014) adalah seperti berikut:
JENIS JEMAAHKOS HAJI (RM)TANGGUNGAN KOS HAJI (RM)BAYARAN HAJI (RM)
    MUASSASAH
    - warganegara belum tunai hajiRM16,155RM6,175RM9,980
    - warganegara telah tunai hajiRM16,155TiadaRM16,155
* Tidak tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Harap maklum.
4. Kos Haji langsung bagi musim 1435H adalah berjumlah RM16,155 seorang. Bagi musim 1435H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaituTH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM6,175 seorang. Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja. TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:
  • kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • kos berkaitan kursus haji,
  • kos petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
  • kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.
     
5.     Bakal Haji yang telah "Terpilih" pada tahun semasa adalah layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki  simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah). Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000.00 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
  • Menjadi ahli KWSP
  • Mengemukakan surat tawaran Terpilih ke pejabat KWSP; dan
  • Mengemukakan Buku Akaun Simpanan TH ke pejabat KWSP
  • Berumur kurang 55 tahun 

Kebanyakan Pencarum Habis Simpanan Selepas 5 Tahun Bersara

"kebanyakan rakyat malaysia berfikir wang KWSP sudah mencukupi dan tidak membuat pelaburan lain."

Inilah kata-kata yang saya petik dari Tunku Alizakri Alias, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP
melalui Suratkhabar Berita Harian bertarikh 23 Oktober 2014.

Jika orang yang arif tentang persaraan telah mengemukakan 'statement' ini adakah kita masih lagi
tak percaya kebenarannya.

Apa perlu nak Buat?
Sediakan simpanan KWSP yang ke2

Bagaimana?
Instrumen Simpanan melalui Takaful adalah jawapan paling mudah.
Hanya dengan simpanan bulanan serendah RM70 sahaja anda boleh
kira secara matematik mudah berapa yang akan ada di Akaun anda 
selepas 20 atau 30 atau 40 tahun dari sekarang.

Mulakan Sekarang.
Call: 07 234 0664 untuk dapatkan maklumat lanjut.



SEMUA ORANG MAMPU PERGI HAJI ATAU UMRAH? TAPI BAGAIMANA ?

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Assalamualaikum Wmt Wbt,

Syukur ke hadrat ilahi, kita ketemu lagi untuk sesi kali ini dengan bawa tajuk yang menyempurnakan rukun islam kita sebagai muslim iaitu melakukan ibadah haji dan umrah. Semua orang sibuk katakan tidak mampu lakukannya, ini kerana tak cukup duit atau tiada masa, tapi di zaman sekarang ini, dengan kaedah menyimpan boleh membawa kita ke tanah suci kota Mekah, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Banyak komitmen nak dibayar, macam mana lagi nak simpan?
Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.

Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda:

Baiklah, ini kaedah yang adli katakan tadi, pelan Takaful iaitu Mabrur dari Etiqa Takaful yang membuat simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah.
Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.



Antara Manfaat Utamanya, adalah:

  • MANFAAT KEMATIAN
    • Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta, termasuk sebarang keuntungan Dana Pelaburan Peserta (DPP) dari pelaburannya dan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, akan dibayar. 
    • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan
    • Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.
  • MANFAAT HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL (HUMK)
    • Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
  • MANFAAT BADAL HAJI
    • Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.
  • ELAUN HAJI DAN UMRAH*
    • Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.
  • MANFAAT IHSAR*
    • Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.
  • ELAUN PENJAGAAN ANAK*
    • Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.
     *Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar






Segala sebarang pertanyaan boleh, boleh terus hubungi adli:

Nama  : Adli Harun
           (Etiqa Takaful Consultant)
Email   : Nuradliharun@gmail.com
No H/P : 019-7363143


APA ITU TAKAFUL ? PENTING KER ?

Bismillahir Rahmani Rahim,

Assalamualaikum Wmt Wbt,


Hi, Apa khabar pembaca sekalian ? moga sihat Alhamdulillah . Baiklah hari ini adli nak terangkan tentang Takaful, tafsiran syara’ ialah satu pakatan kumpulan yang saling menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain apabila salah seorang peserta ditimpa sesuatu musibah. Perkataan takaful berasal dari perkataan Arab Kafala, yang bermaksud saling menjamin. 

KONSEP DAN TUJUAN
  • Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.
  • Sistem takaful adalah satu saluran yang bertujuan membolehkan sesorang berikhtiar untuk saling bantu-membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
  • Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.
  • Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
  • Dalil Kerjasama: 
    Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. 
    (Surah Al-Maidah : 2)
    Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.
    (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
  • Dalil Tanggungjawab
    Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. 
    (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
  • Dalil Saling Melindungi
    Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan
    (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) 

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.


CIRI-CIRI TAKAFUL

  • Tiada unsur Riba
  • Tiada unsur Gharar(Ketidakpastian)
  • Tiada unsur Maisir(perjudian)
  • Ada perkongsian keuntungan(mudharabah)
  • Ada sumbangan Tabarru’
  • Pelaburan halal
  • Dipantau oleh majlis pengawasan syariah.


MEMAHAMI KONTRAK TAKAFUL

Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

Peringatan kepada saudara-saudara ku, Sejak akhir-akhir ini semakin banyak pula syarikat Konvensional yang menjalankan Perniagaan Takaful. Konsep memang menepati kehendak Syara' namun sumbernya masih 'haram'..inilah contoh golongan yang dimaksudkan Islam, iaitu golongan yang menghalalkan yang haram. Mudah-mudahan kita tidak diperangi oleh Allah dan seluruh RasulNya.

Wallahu a’lam